Dalam menghasilkan sebuah karya catan air, terdapat beberapa media dan bahan yang diperlukan. Media dan bahan ini mestilah dalam keadaan baik. Pigmen warna cat air ini mestilah yang masih dalam keadaan elok, ini sangat penting bagi memastikan sifat dan kekayaan warna dikekalkan dalam menghasilkan karya yang baik. Sifat warna cat air ini adalah lutsinar atau "transparent" dan berbeza dengan poster warna yang kita ketahui bersifat legap.

Pigmen warna atau warna cat air

Berus pelbagai jenis dan saiz

Palette atau bekas pembancuh warna

Kertas tisu

Air bersih