Siapakah beliau? 


Ini adalah penyarah kami yang telah banyak membantu kami dalam mempelajari dan menyiapkan tugasan ini bagi subjek "Teaching and Innovation in Education"(EDT 5303).  Beliau adalah seorang pensyarah Institut Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Nama Beliau adalah Dr. Abdul Hamid bin Busthami Nur , beliau berasal dari Indonesia.  Beliau seorang yang peramah dan bermotivasi tinggi dalam memberi pendidikan kepada kami.

Beliau juga seorang yang baik hati dan sering melayan kerenah kami dalam memberi ilmu pengetahuan dan juga informasi yang berkenaan dengan subjek ini. Tujuan subjek ini adalah untuk mendedahkan kami dalam cara mengajar  bagaimana mengubah cara atau kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih kreatif dan berjaya di dalam bilik darjah.

Dengan adanya subjek ini ianya lebih membuatkan kami lebih yakin untuk terus mengambil dan menaplikasikan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah kursusnya dalam memberi sesuatu yang baru kepada pelajar. Dewasa ini dalam arus dunia yang semakin canggih dan memcabar guru-guru harus memikirkan sesuatu yang baru kepada pelajar agar tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan. 

Disini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima ksih kepada pensyarah kami yang telah banyak membantu kami dalam kursus yang telah diajar oleh beliau.

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola